Latest News

Tuesday 25 August 2015

KEMERDEKAAN ITU BUKAN ATAS TARIKH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini dia menteri Sabah yang BUTA SEJARAH... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

JANGAN taksub sangat dengan tarikh kemerdekaan! Tarikh hanya merupakan satu simbol nombor - tanggal, tidak membawa makna apa-apa. Pengertian kemerdekaan itu seharusnya merayakan satu pembebasan secara total daripada cengkaman penjajah.

Seperti juga tarikh hari jadi. Hari jadi merupakan satu tarikh di mana seseorang itu lahir di dunia. Namun, apa yang penting kepada seseorang yang lahir itu adalah kesempurnaan hidup dalam kehidupan.

Jika kemerdekaan itu dikaitkan dengan tarikh, maka beberapa tarikh akan muncul dan atas sebab itulah tarikh kemerdekaan merupakan hanya satu simbol yang disepakati daripada beberapa tarikh. Di Amerika misalnya, mempunyai berpuluh tarikh kemerdekaan kerana setiap negeri di negara 'Uncle Sam' itu mempunyai tarikh kemerdekaan. Namun, hanya memilih tanggal 2 Julai 1776 sebagai tarikh tunggal yang rasmi. 

Demikian juga di Malaysia, tarikh kemerdekaan yang dipilih adalah 31 Ogos 1957 daripada beberapa tarikh penting sejarah negara kita. Kita mengetahui bahawa ada beberapa tarikh kemerdekaan di negara kita iaitu 22 Julai 1963 bagi Sarawak, 31 Ogos 1963 bagi Sabah, 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu dan 16 September 1963 bagi Persekutuan Malaysia. Daripada beberapa tarikh itu, maka dipilihlah 31 Ogos 1957 sebagai tarikh tunggal kemerdekaan yang rasmi. Inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Yahya Hussin bahawa hanya satu tarikh  yang dipilih sebagai simbol kemerdekaan.

Jika ada yang ingin memperingati tarikh kemerdekaan masing-masing, ianya tidak salah kerana tarikh yang diingati itu adalah sejarah.  Namun, dilihat secara nasional dan kebangsaan, maka satu tarikh rasmi perlu diraikan dan tarikh tersebut adalah 31 Ogos 1957.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook