Latest News

Tuesday 11 August 2015

KEMERDEKAAN SABAH DAN SARAWAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh Keruak Berani ka kasih dedah hal INI... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

SARAWAK diberikan Internal Self-Government pada 22 Julai 1963 manakala North Borneo (Sabah) pada 31 Ogos 1963. Selepas mendapat status tersebut, dua (2) wilayah tersebut bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Dalam mana-mana dokumen sejarah yang ditulis dalam bahasa Inggeris, tidak pernah merujuk Sabah atau Sarawak sebagai Nation atau country melainkan state. State, kemudian diterjemahkan kepada negara sebelum tahun 1973 dan selepas itu diterjemahkan kepada negeri. 

Bagi mereka yang membesar sebelum tahun 1973, telah terbiasa jika bertolak ke UK akan disebut bertolak ke luar negeri. Istilah itu bertukar bertolak ke luar negara selepas diperkenalkan 'Ejaan Bahasa Malaysia yang disempurnakan pada tahun 1973'.

Ertinya, semasa menterjemahkan state kepada bahasa Melayu sebelum 1973 kepada negara, terjemahan tersebut adalah tersilap. Faktor inilah yang gagal dilihat oleh para pencacai SSKM seperti Doris Jones. Jika hanya Doris Jones memang memadai kerana nenek itu sebenarnya tidak tahu apa-apa dan bukan pun berkemahiran tentang berkaitan sejarah negara secara keseluruhannya.

Bagi mereka yang membaca dokumen lama terutama dalam bahasa Melayu yang menemukan Sabah atau Sarawak sebagai negara, sebenarnya pengertian negara dalam tulisan tersebut adalah negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook