Latest News

Friday 21 August 2015

KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAI 20 PERKARA DAN MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) What the Government needs to do is respect the 20 Points... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)

MELIHAT cara negara diperintah apakah di peringkat Persekutuan mahupun negeri, roh 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak senantiasa terperlihara.

Berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula sejak 16 September 1963, pembentukan kabinet Persekutuan meliputi wakil-wakil rakyat daripada Sabah, Sarawak dan Malaya, di mana asasnya didasarkan kepada jumlah kerusi.

Kerajaan Sabah dan Sarawak senantiasa diwakili oleh rakyat dua (2) negeri itu sahaja. Ini bererti, 20 Perkara dan 18 Perkara senantiasa dihormati walaupun dokumen tersebut merupakan hanya lampiran kepada MA63.

Jika bercakap berkaitan autonomi, sebenarnya Sabah dan Sarawak sudah autonomi namun yang dibicarakan sekarang adalah kuasa-kuasa persekutuan yang ada di Sabah dan Sarawak diminta oleh dua (2) negeri tersebut.  Contohnya, dalam perkara peruntukan bagi pembangunan di mana sebelum ini dilaksanakan sendiri oleh agensi persekutuan. Namun, kerajaan Sabah dan Sarawak meminta agar sebarang peruntukan kepada dua negeri tersebut hendaklah disalurkan terus kepada Bendahari kerajaan negeri. Tujuannya agar dapat merancang lebih awal dan seterusnya mengimplementasi sesuai dengan keperluan rakyat.

Oleh kerana Sabah dan Sarawak juga mengunakan konsep kabinet sama seperti Persekutuan, maka didapati banyak agensi kerajaan persekutuan dan negeri saling bertindih sehingga membantut pelaksanaan. Inilah hendak dirungkai oleh para pemimpin sekarang khususnya Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Razak. Malah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telahpun menyuarakan berkenaan dengan beberapa perkara tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook