Latest News

Friday 14 August 2015

KESELAMATAN NEGARA DI BAWAH TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MOHON PERHATIAN!!! PERHATIAN !! KHASNYA KEPADA YB DATUK SIRINGAN GUBAT … Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEJAK merdeka, tanggungjawab keselamatan dalam negeri terletak kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kos yang melibatkan keselamatan bukanlah murah. Jika Sabah menanggung kos keselamatan, sudah tentu pembangunan lain akan terbantut dan terbengkalai.

Pemilik page tersebut hanya tahu membuat provokasi kerana tidak memahami berkaitan dengan kos yang melibatkan keselamatan.

Untuk makluman pemilik facebook tersebut, kos untuk membeli aset keperluan pasukan Polis atau Pasukan Gerakan Am (PGA), boleh mencapai berbilion ringgit.

Sebaliknya, pendapatan tahunan Sabah hanya dalam lingkungan RM4 hingga 5 bilion setahun. Mampukah pendapatan tersebut menanggung kos keselamatan?

Kos keselamatan di mana-mana negara ditanggung oleh negara, bukannya wilayah-wilayah atau kerajaan negeri kerana kos yang melibatkan keselamatan adalah cukup tinggi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook