Latest News

Friday 21 August 2015

LAPORAN ITU MUNGKIN BENAR MUNGKIN TIDAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Benarkah laporan kpd SPRM yg melibatkan Ketua Pemuda Semporna Mdaziz Jms ini... Oleh FB Putra Indra (screenshot)

PIHAK yang boleh mengesahkan bahawa terdapat laporan tersebut hanya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, agensi itu biasanya tidak akan memberi komen apa-apa jika satu kertas siasatan telah dibuka sehinggalah sesuatu siasatan itu selesai dan Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi persetujuan untuk proses pendakwaan seterusnya.

Berkaitan laporan, sesiapapun boleh membuat laporan. Namun, apakah laporan itu mempunyai merit untuk pendakwaan atau apakah sesuatu laporan itu mempunyai kandungan fakta yang bersifat salah guna kuasa yang membolehkan seseorang dihadap ke mahkamah yakni hanya ditentukan melalui siasatan?

Nampaknya, pemilik facebook tersebut tidak faham selok-belok siasatan SPRM yang melibatkan rasuah atau salah guna kuasa dan sebagainya. Sehingga membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu dilaporkan bahawa telah disahkan seseorang itu sudah bersalah. Sebenarnya, ianya bukanlah demikian. Seseorang itu tetap dianggap tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskannya.

Walaupun berpuluh laporan dibuat mengaitkan seseorang itu, tidak semestinya seseorang itu melakukan rasuah atau salah guna kuasa kerana mungkin sahaja laporan tersebut bersifat dengki dan dendam.

Berkaitan isu Ketua Pemuda Umno, Semporna, hingga setakat ini tiada apa-apa maklumat atau kenyataan daripada SPRM yang AFS perolehi berhubung dengan laporan tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook