Latest News

Wednesday 26 August 2015

Mahdzir Khalid: Sabah, Sarawak Tidak ada Tempat, Hanya Melayu Layak Memerintah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mahdzir Khalid: Sabah, Sarawak Tidak ada Tempat, Hanya Melayu Layak Memerintah Oleh Web Bobohizan (screenshot) (screenshot)
(ii) Kamu tengok bah !! Berapa kali cakap... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

APA yang kurang diketahui oleh pemilik facebook atau penulis blog tersebut adalah berkenaan Dato' Seri Mahdzir Khalid itu sendiri. Beliau kini adalah Menteri Pelajaran yang merupakan mantan guru di Sabah selama beberapa puluh tahun. Malah, isteri beliau adalah anak watan Sabah dan anak-anak beliau membesar di Sabah sebelum beliau pulang ke Kedah selepas bersara.

Pengetahuan Menteri itu berkenaan Sabah adalah hampir sama dengan pengetahuan sebahagian besar rakyat Sabah. Apatah lagi ditambah dengan kehadiran rakyat Sabah sebagai isteri beliau.

Apabila dalam satu ucapan perasmian Persidangan Bahagian Umno di Selangor, Mahdzir berkata bahawa hanya Melayu boleh memerintah negara ini dan kenyataan itu membawa pengertian yang luas. Ini kerana dalam pengertian antropologi, selain Cina dan India dan bangsa serupa yang mendiami negara ini merupakan kumpulan rumpun Melayu. Sebagai mantan guru sejarah, menteri itu tahu benar apa yang beliau ucapkan. Apa yang salah berkaitan ucapan itu? Malah, dipertengahan ucapan beliau adalah turut menghuraikan pengertian Melayu itu sendiri di mana di dalamnya  adalah termasuk seluruh bumiputera, tanpa mengira latar belakang agama. 

Oleh kerana pemilik facebook dan blog tersebut hanya mengunakan tulisan atau laporan yang diputar belit hasil tulisan portal pembangkang yang sememangnya bertujuan 'memanaskan' keadaan, maka pemilik facebook tersebut bagaikan mengantuk disorongkan bantal kerana sememangnya pemilik atau admin facebook tersebut merupakan anti kerajaan Barisan Nasional.

Adalah lumrah bagi portal-portal berita atau media sosial milik penyokong pembangkang yang hanya tahu memutar belit kenyataan malah mengada-adakan cerita meskipun tidak benar dan tidak pernah wujud.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook