Latest News

Wednesday 19 August 2015

MAKSUD DATUK JAINAB: MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa yang mau percaya News dari UMNO/Malaya Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

APA yang dimaksudkan Datuk Jainab adalah cerita daripada mereka yang tidak bertanggungjawab terutama para pemilik akaun palsu.

Para pemilik akaun palsu adalah terdiri daripada mereka yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan cerita palsu dan fitnah untuk memburukkan kerajaan dan para pemimpin.

Kini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang berusaha mendaftar semua pemilik akaun media sosial di negara ini seperti mana dilakukan terhadap telefon mudah alih.

Penyebaran maklumat palsu yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, jika tidak dibendung akan merosakkan pemikiran rakyat kerana tidak lagi menerima maklumat rasmi yang betul dan tepat sebaliknya berita palsu. Jika ini berlaku, maka satu kerugian kepada rakyat negara ini.

Adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin kerajaan termasuk Datuk Jainab sendiri agar kerap melayari dan posting atau 'update' melalui media sosial agar rakyat boleh menerima maklumat dari masa ke semasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook