Latest News

Monday 3 August 2015

MASALAH PATI DIWARISI MUSA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) bukan macam pemimpin di sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Musa aman bapa pti sabah Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) 250,000 PTI di sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

DATUK Seri Musa Aman adalah Ketua Menteri Sabah yang benar-benar serius mengatasi PATI di Sabah.

Melalui kepimpinan beliaulah RCI PATI Sabah ditubuhkan.

Pada 4 Disember 2014, Musa telah mengambil tindakan drastik memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI sebaik sahaja keputusan RCI PATI Sabah diumumkan pada 3 Disember 2014.

Pada Jumaat lalu, Musa berjaya mendapatkan peruntukan RM50 juta daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membina penempatan sementara PATI di Sabah.

Adalah salah alamat bagi dakwaan dalam facebook tersebut bahawa Musa penyebab kepada kebanjiran PATI di Sabah.

PATI di Sabah akibat desakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada tahun 70-an agar menerima pelarian daripada Filipina.

Selain itu, PATI daripada Indonesia berikutan mereka yang datang sebagai buruh di ladang-ladang tidak pulang ke negara asal selepas kontrak tamat selain perkara-perkara lain membuang dokumen perjalanan mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook