Latest News

Monday 10 August 2015

MASIDI MAHU KDM SEBAHAGIAN KEPADA KAUM TERBESAR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang Ranau WAJIB TOLAK PUAKA UMNO INI... oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Kerana kemaruk jawatan dan kuasa... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SUARA Datuk Seri Masidi Manjun tersebut berasaskan kepada fakta politik. Beliau merupakan salah seorang pemimpin Umno Sabah. Terbukti sejak tahun 1994, Umno sebagai parti politik diterima dengan baik di Sabah.

Keupayaan Umno menarik sokongan semua pihak termasuk KDM telah mengatasi parti-parti yang menuntut mewakili KDM.

Kenyataan Masidi disalah ambil oleh pihak pembangkang untuk mendeskriditkan beliau. Kenyataaan menteri itu adalah dalam pengertian umum bahawa semua penduduk yang berada di kawasan Nusantara adalah disebut sebagai Melayu atas sebab kawasan ini dipanggil kepulauan Melayu.

Dalam kepulauan atau Nusantara terdiri dripada banyak etnik antara yang lain seperti KDM (Kadazan, Dusun, Murut), Rungus, Brunei, Jawa, Sunda, Moro, BUMIS (Bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk) dan banyak lagi. Sabah sendiri mempunyai lebih daripada 36 etnik suku kaum.

Biasalah jika ada pengkritik, perkara baikpun boleh menjadi buruk. Inilah yang cuba dilakukan oleh page tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook