Latest News

Thursday 27 August 2015

MENURUNKAN KUASA (EMPOWERMENT) ATAU AUTONOMI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) I hope Dr Max will list down what he has done... Oleh FB Ansari Abdullah (screenshot)
(ii) TIADA ALASAN TUNTUT AUTONOMI SABAH... Oleh FB Evangeline Gabradillah Gabrdillah (screenshot)

DALAM pengertian umum, kadang-kadang orang bercakap berkenaan dengan menurunkan kuasa sebagai autonomi. Permintaan autonomi Sabah dan Sarawak bukan dalam bentuk fizikal wilayah tetapi dalam bentuk penurunan kuasa. Penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan yang berhubungan dengan perancangan dan pelaksanaan hendaklah diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, sementara peruntukan tetap sahaja daripada Persekutuan. Tujuan 'empowerment' ini adalah bagi mengelak pertindihan kuasa di antara kerajaan negeri dan pusat, juga untuk mengelak terbantutnya pelaksanaan.

Pengalaman Sabah, terbantutnya pelaksanaan pembangunan khususnya di kawasan-kawasan yang memerlukan atas sebab pertindihan kuasa dalam perancangan terutama yang berkaitan dengan penggunaan tanah. Tanah merupakan kuasa mutlak kerajaan negeri. 

Perbezaan pengertian berkaitan autonomi sehingga ada yang menyangka bahawa ianya berkaitan dengan kuasa pemerintahan, maka dengan sebab itu Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menimbulkan kemuskilan, siapa yang membiayai? atau daripada mana sumber kewangan? Jika autonomi diberikan. 

Pengertian autonomi perlu diperjelaskan kerana apa yang dimaksudkan berkaitan autonomi adalah empowerment kepada Sabah dan Sarawak bagi maksud pembangunan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook