Latest News

Wednesday 19 August 2015

MP BN GULING KERAJAAN? NAJIB???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ini lagi kerajaan persekutuan Oleh Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii)
memang najib dan zahid tidak boleh pakai Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(iii)
Sabah MPs deny any ‘plot’ to oust Najib Oleh Web freemalaysiatoday (screenshot) (screenshot)

DARI awal-awal lagi, dakwaan bahawa beberapa MP Bn Sabah kononnya sedang bersekongkol dengan MP pembangkang bercadang mengulingkan kerajaan adalah sebenarnya hanya cerita rekaan walaupun ianya keluar kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baru Dato' Seri Zahid Hamidi.

Setakat ini, Dato' Seri Zahid Hamidi tidak dapat mendedahkan siapa dalang tersebut meskipun diminta oleh berbagai pihak termasuk anggota kabinet Dato' Seri Najib Razak.

Jika Dato' Seri Zahid gagal mendedahkan siapa dalang atau tokoh Umno tersebut, ianya akan menjadikan kredibiliti TPM yang baru tersebut akan terjejas.

Walaupun Zahid merupakan Menteri Dalam Negeri dan mempunyai jentera seperti Polis untuk mengetahui maklumat rahsia, namun tindakan Dato' Seri Zahid mendedahkan tindakan itu dengan mengaitkan tokoh Umno dikatakan hanya berupa tindakan "pencegahan" atau "alert" agar supaya jika ada niat demikian maka akan terganggu atau tertekan kerana sedar bahawa tindakan rahsia mereka diketahui! Tindakan Dato' Seri Zahid Hamidi tersebut hanya merupakan tindakan psikologi untuk memancing agar semua MP yang kononnya dikaitkan akan membuat kenyataan terbuka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook