Latest News

Wednesday 5 August 2015

"OTONOMI" MENURUT DORIS JONES

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KEPADA SEMUA AHLI POLITIK DI SABAH TERMASUK YANG DI MALAYSIA Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MENURUT Doris Jones, kalau mahu berotonomi, pertama mesti kahwin dengan mat salleh dan kedua mesti tinggal di luar negara dan ketiga lepaskan warganegara.

Oleh sebab Doris tiada kemampuan semasa di Malaysia, maka dia berotonomi dengan lari ke UK.

Kini, Doris sudah berotonomi kerana UK di bawah telunjuknya, ertinya UK jika mahu sebarang bantuan atau mahu bertindak maka perlu merujuk kepada Doris.

Doris mahu, jika sesebuah negeri atau negara itu belum ada kemampuan dalam bidang-bidang tertentu jangan merujuk atau bertanya pada orang lain kerana bagi Doris, kecil itu lebih kuat berbanding dengan besar. Doris tidak suka jika Amerika ada G7, Doris tidak suka Amerika sebagai ahli APEC, Doris tidak suka Arab Saudi sebagai ahli OPEC, juga Doris tidak suka England atau UK sebagai anggota Commonwealth.

Bagi Doris Jones, Amerika, UK, Kanada, Russia dan negara-negara yang menyertai kumpulan-kumpulan seperti NATO, belum mempunyai otonomi. Kerana menurut Doris, otonomi itu semua perkara mesti dibuat sendiri di mana tidak boleh berbincang dengan sesiapa. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook