Latest News

Friday 7 August 2015

PEMBANGKANG TIDAK SUKA KALAU PEMIMPIN BERCAKAP BENAR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) inilah tukang kipas sate tegar BN UMNO Sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PAGE tersebut benar-benar angau dan membantah sekiranya ada pemimpin bercakap benar. Oleh sebab itu, para pemimpin pembangkang senantiasa bercakap bohong dan fitnah kerana jika tidak mereka tidak akan mendapat sokongan. Tak gitu?

Lihat sahaja, kenyataan Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah tidak disukai berikutan dua (2) pemimpin Sabah tersebut menyatakan yang benar dan sesuai dengan fakta.

Bagi pembangkang dan penyokongnya, jika ada individu yang bercakap membabi buta dan penuh dengan tipu muslihat, itulah yang diagung-agungkan malah disokong sepenuhnya.

Sebagai misalnya, semasa PRU-13 yang lalu terhadap pembohongan berkaitan 40 ribu pengundi Bangladesh. Para penyokong pembangkang termasuk page ini percaya sangat dengan pembohongan tersebut sehingga mereka langsung tidak berfikir, kalau benarlah demikian, berapa kapal terbang perlu digunakan bagi mengangkut pengundi tersebut dan berapa ratus bas digunakan bagi membawa pengundi tersebut ke tempat-tempat mengundi? Fikir-fikirkanlah...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook