Latest News

Monday 24 August 2015

PEMILIK FACEBOOK YANG MERAPUH: Apa Barang?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa barang Oleh FB Dusun Tohuri (screenshot)

OLEH kerana pemilik facebook itu hanya mendengar petikan rakaman yang diedit, maka komen-komen juga merapuh!

Dr. Jeffrey Kitingan ADUN Bingkor daripada Parti Star kerap merapuh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerap berhujah berasas fikiran sendiri serta kerap berhujah berasaskan "hearsay". Tujuannya, hanya untuk mendapat sokongan sedangkan hujah-hujah beliau kerap mengelirukan dewan.

Jeffrey berlagak bahawa dia saja yang pandai dan dia sahaja yang membaca dokumen lama serta mendakwa dia sahaja yang ada dokumen-dokumen atau catatan sejarah. Manakala orang lain kononnya tiada akses kepada dokumen-dokumen tersebut. Tindakan Jeffrey itu kononnya semua orang miskin maklumat dan ini yang diperkatakan oleh Ketua Menteri semasa menjawab hujah Jefrrey di DUN tersebut.

Tabiat Jeffrey di DUN, senantiasa tidak fokus kepada isu yang dibangkitkan apabila ada ADUN bertanya berkaitan hujah yang dia lontarkan kerana dia pindah ke isu lain dan demikianlah seterusnya.

Bagi mereka yang biasa mengikuti perbahasan DUN Sabah, dapat menyaksikan bagaimana tabiat Dr. Jeffrey. Adalah disarankan kepada pemilik facebook tersebut, cuba datang ke DUN semasa sidang dewan dan saksikanlah idola anda itu apabila berhujah di mana hujahnya tidak tahu mana pangkal dan hujungnya.

Cara menjawab Jeffrey kena seperti budak-budak, jika tidak dia mengheret-heret perbahasan agar supaya semua orang bingung dan bengang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook