Latest News

Wednesday 19 August 2015

POST RCI PATI SABAH DALAM TEMPOH MASA SETAHUN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PM lantik Tan Sri Pairin Ketuai Jawatan Kuasa itu Oleh John Charles Mitah Mikat (screenshot)

TAN Sri Pairin Kitingan sebagai Pengerusi Pengurusan RCI PATI Sabah semasa menerima pelantikan tersebut telah menyatakan diperlukan masa antara setahun hingga dua (2) tahun untuk mendalami benar-benar berkaitan isu Pati  di Sabah.

Dalam mengenal pasti PATI, data sebenar diperlukan. Data hanya diperolehi melalui tindakan operasi penangkapan, memburuh dan pemeriksaan dokumen.

Setakat ini, hampir 100 kali tindakan operasi dijalankan oleh pihak berkuasa sejak pengumuman RCI (Pati) Sabah pada Disember 2014. Daripada operasi yang dijalankan, telah berjaya menangkap hampir 50 ribu PATI. Namun, jumlah itu tidak menggambarkan persepsi yang ada pada fikiran rakyat Sabah. Oleh sebab itu, Tan Sri Pairin menyatakan perlu masa antara satu hingga 2 tahun untuk benar-benar mengenal pasti tiada Pati yang tercicir daripada penangkapan.

Kepada pemilik facebook tersebut, bersabarlah kerana kerja terburu-buru tidak akan membantu menyelesaikan masalah. 

Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman mahu agar masalah Pati Sabah diselesaikan dan dinoktahkan kerana matlamat sasaran telah dibuat iaitu Sabah Sifar PATI!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook