Latest News

Monday 24 August 2015

PULAU BANGGI SALAH SATU DAERAH DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) EMMMMMMMM......PTI ATAU PROJECT I.C SEMUA INI ORANG NI... Oleh FB Fred Rick Jns (screenshot)

ATAS sebab itulah kata peribahasa "jauh perjalanan, luas pengalaman". Jangan terperuk di kawasan sendiri atau bandar kerana Sabah yang terlalu luas ini banyak kawasan-kawasan yang perlu dilihat.

Sabah dihuni oleh lebih 32 etnik yang tersebar daripada pedalaman hingga ke pulau-pulau. Akan tetapi mereka yang berdiam di pedalaman atau bandar seperti pemilik page ini, maka menganggap bahawa rakyat yang mendiami pulau-pulau atau kawasan-kawasan terpencil adalah bukan rakyat sebaliknya makhluk asing kerana didakwa sebagai pendatang tanpa izin (Pati). 

Banggi merupakan satu kawasan pilihan raya dan mempunyai ADUN sendiri seperti Bingkor atau Moyog. Hak mereka sama dengan kawasan-kawasan lain.

Bagi pemilik page tersebut mungkin saja hanya mengenal kawasan bandar atau DUN Tambunan/Tamparuli ataupun mungkin kerana cuba menghina rakyat Pulau Banggi.

Kepada pemilik page itu, cubalah berjalan dan melawat semua kawasan-kawasan di Sabah. Barulah anda kenal negeri sendiri dan satu lagi, sila jangan hanya terperuk di rumah dan hanya menjadi laskar keyboard.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook