Latest News

Monday 10 August 2015

RAHSIA BESAR KONON: INI CERITA PALSU YANG DIULANG-ULANG!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pihak Admin ingin mendedahkan satu rahsia yang besar... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

TIADA kebenaran berkaitan cerita tersebut. Lagipun, jika berlaku perbincangan rahsia oleh sesebuah parti atau pemimpin sudah tentu ianya tidak akan melibatkan ramai orang. Perbincangan rahsia biasanya berlaku empat mata, enam mata atau lapan mata. 

Bertitik tolak kepada perbincangan rahsia, maka dengan sendirinya menolak apa yang ditulis pada tulisan tersebut. Tulisan tersebut merupakan khayalan seseorang yang tidak mengerti apa itu perbincangan rahsia.

Dalam politik, tiada istilah mengelompokkan penyokong kerana dalam politik yang menentukan adalah undi majoriti tanpa mengenal latar belakang penyokong. Tiada istilah kelompok ini menyokong, kelompok ini akan menyokong kalau dibeli kerana penyokong adalah manusia yang mempunyai pegangan dan fahaman sendiri. Nampak gayanya, penulis tulisan tersebut merupakan seseorang yang tergolong sebagai pelacur politik kerana melacurkan jati diri dengan wang ringgit.

Salleh dan Rahman merupakan pemimpin politik untuk semua kaum tidak memilih etnik mana asalkan mereka itu terdiri daripada penyokong kerajaan. Pemimpin yang boleh bertahan lama hanya pemimpin yang tidak bersifat pilih kasih. Berbeza dengan Dr. Jeffrey yang cenderung untuk kaum-kaum tertentu dan atas sebab itulah perjuangan ADUN Bingor tersebut tidak mendapat sokongan yang meluas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook