Latest News

Tuesday 18 August 2015

RAKYAT KOTA BELUD BANGGA DENGAN DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembelot dan penipu orang kota belud Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BUKTI kukuh rakyat Kota Belud bangga dengan Datuk Seri Salleh Said Keruak terbukti melalui  setiap Pilihan Raya Umum (PRU) setiap kali Salleh bertanding, undi beliau merupakan majoriti sehingga lawan beliau hampir-hampir kehilangan wang pertaruhan.

Bagi mereka yang mengenali Salleh dan merupakan penduduk asal Kota Belud, sudah pasti ketawa terbahak-bahak apabila membaca apa yang ditulis oleh pemilik facebook tersebut kerana fakta-fakta yang ditulis tidak betul dan tidak tepat.

Untuk pengetahuan pemilik facebook tersebut khususnya, konon kegagalan Salleh sebagai wakil rakyat sebenarnya hanya rekaan kerana apa yang dibangkitkan semuanya telah wujud di Kota Belud.

Berkaitan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sebenarnya 95 peratus kawasan Kota Belud mempunyai bekalan air atau telah disambungkan melalui paip air namun bekalan tergendala. Itu bukan kerana masalah manusia atau kerajaan, sebaliknya kuasa Tuhan. Akibat gempa bumi baru-baru ini, dua (2) loji utama BALB telah musnah seluruhnya mengakibatkan bekalan air berkurangan sehingga 25 juta liter sehari ekoran keluaran air masa kini untuk dua loji Bayayat dan Pandasan yang hanya mampu membekalkan 12 juta liter sehari.

Kebetulan pada hari ini, tindakan daerah bencana alam sedang bermesyuarat di mana Datuk Seri Salleh, Dato' Abdul Rahman Dahlan, MP Kota belud dan Datuk Musbah Jamli Adun Tempasuk sedang merangka bagi mengatasi masalah air Kota Belud untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Untuk makluman pemilik facebook tersebut, sebenarnya Kota Belud sedang dalam pembangunan menjadi kawasan Jelapang Padi, Kota Belud yang berkos RM1 bilion. Sebenarnya, kerjasama dengan semua wakil rakyat Kota Belud termasuk Salleh membolehkan Jelapang Padi dibina di Kota Belud.

Kota Belud mempunyai kejayaan sendiri dalam bidang politik kerana untuk pertama kalinya dalam satu kawasan Parlimen terdapatnya dua (2) Menteri Penuh Persekutuan, seorang Speaker Dewan Rakyat dan seorang Pembantu Menteri di mana perlu diingat, semua itu berlaku semasa Salleh merupakan Ketua Bahagian Umno Bahagian Kota Belud.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook