Latest News

Wednesday 12 August 2015

SABAH BUKAN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabahan jangan lupa ini MP kota belud... Oleh FB Ricky (screenshot)

PENGKRITIK yang lahir selepas tahun 1973 memang kurang arif berkaitan perkembangan semasa. Sebabnya, pertukaran ejaan 'Bahasa' berlaku pada tahun 1973 yang disebut Ejaan Bahasa Malaysia yang disempurnakan atau ejaan baru. Melalui pertukaran itu, diperbetulkan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, seperti 'state' yang diterjemah sebagai negara sedangkan terjemahan yang betul adalah negeri.

Pada tanggal 31 Ogos 1963 apabila Sabah (North Boreno) dilepaskan oleh penjajah British dengan memberikan Internal Self- Government dirujuk sebagai state. Namun, apabila disebut dalam bahasa Malaysia adalah sebagai 'negara'.

Kesilapan catatan sejarah adalah tidak memperbetulkan semua kesilapan tersebut. Sebaliknya, dibiarkan dalam simpanan arkib. Nah, dokumen tersebutlah yang diguna pakai oleh mereka yang cuba kerap kali memesongkan sejarah serta diwar-warkan melalui SSKM.

Mereka yang bercakap bahawa Sabah pernah merupakan negara sebenarnya tiada merit untuk bercakap kerana mereka itu bukan pun ahli sejarah atau mempunyai kedudukan mahupun mempunyai status dalam negeri atau negara. Ini kerana, mereka itu hanya cyber warrior yang suka-suka menulis di media sosial dan menyalahgunakan kelebihan dunia siber.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook