Latest News

Thursday 6 August 2015

SABAH MEMPERTAHANKAN PENGURUSAN KEWANGAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Kasi amaran Sama orang Sabah... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

SABAH sejak tahun 2004 telah mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara daripada segi pengurusan kewangan. Oleh sebab itu, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan mengingatkan para ketua-ketua jabatan agar berbelanja sesuai dengan kemampuan dan sesuai dengan perancangan. 

Berbelanja tidak sesuai dengan keutamaan akan membantut pembangunan dan seterusnya tidak menjawab masalah pokok atau utama. Maksud Datuk Seri Musa agar supaya ketua jabatan jangan menyalahgunakan peruntukan merujuk kepada berbelanja tidak mengikut tatacara kewangan yang betul dan tidak mengikut perancangan awal.

Adalah bukan maksud Datuk sebagai menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi yang menjurus kepada rasuah akan tetapi penggunaan dana kerajaan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat secara umum. 

Contohnya, salah guna peruntukan kerajaan yang tidak menepati perancangan seperti mengadakan mesyuarat di hotel sedangkan sesebuah jabatan atau kementerian tersebut mempunyai ruang mesyuarat sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook