Latest News

Thursday 27 August 2015

SEJARAH KEMERDEKAAN DAN SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) How can we call ourself Malaysian... Oleh FB Page Zainnal Ajamain (screenshot)

INILAH yang dikatakan "two side of a coin" satu entiti akan tetapi dalam badan yang sama. 

Memang diakui bahawa dalam sistem pendidikan negara yang ditekankan adalah berkaitan sejarah kemerdekaan khususnya bagaimana pejuang kemerdekaan mencapai kemerdekaan. Yang diceritakan adalah berkenaan dengan semangat para nasionalisme dulu yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.

Asas utama pembentukan negara, memang berpaksi kepada tindakan para pemimpin untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi, kurang memberi penekanan kepada proses kemerdekaan kerana proses tersebut sebenarnya sudah hampir ke garisan penamat. Ini kerana, ia hanya berkisar kepada dokumen-dokumen yang perlu diperhalusi bagi melangsaikan semua perjuangan yang telah memakan masa yang lama.

Sejarah kemerdekaan yang dipelajari di sekolah-sekolah adalah untuk menerangkan semangat para pemimpin dahulu yang mengharungi rintangan serta duri dan ranjau yang telah dilalui bagi mendapatkan kemerdekaan. Semangat itu yang diketengahkan kepada para generasi baru sebagai penerus agar mereka dapat menghayati susah payahnya mencapai kemerdekaan.

Tanpa mengenal pasti proses dan tindakan mencapai kemerdekaan, generasi penerus pasti alpa dan tidak menghargai satu kemerdekaan itu.  

Sebagai misalnya, dalam proses jual beli pengalaman seseorang yang terlibat daripada awal berkenaan sesuatu jual beli, tidak sama dengan pembeli atau penjual yang hanya siap sedia menandatangi dokumen jual beli. Ini disebabkan terma-terma dalam dokumen tersebut dicapai melalui proses yang panjang. Inilah sebenarnya pengertian antara sejarah mencapai kemerdekaan dan proses pembentukan kemerdekaan. 

Selamat Hari Merdeka ke-15, 2015!
Malaysia, #SehatiSejiwa
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook