Latest News

Tuesday 4 August 2015

SSKM: FAHAMAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Banyak orang cepat melatah dengan gerakan SSKM ini... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

JIKA fahaman seperti katak di bawah tempurung, maka benarlah lontaran dakwaan seperti dalam page facebook tersebut.

Dalam pembangunan mana-mana negara di dunia ini, pada masa ini tidak lagi bersifat tertutup malah negara maju seperti Amerika Syarikat turut mempunyai kumpulannya sendiri iaitu G7 (The Group Of 7), di mana tujuan kumpulan tersebut adalah untuk saling berbincang berkaitan hala tuju pembangunan dan ekonomi setiap negara.

Tujuan perbincangan adalah untuk mencari kesepakatan berkaitan kelebihan komparatif agar supaya setiap negara tidak saling bersaing untuk satu-satu produk tertentu sahaja.

Demikian juga antara pemimpin negeri di negara ini. Para pemimpin negeri dan pusat saling berbincang dan bukannya saling menasihati kerana 'nasihat' yang diguna pakai hanya di antara Perdana Menteri dengan Yang di-Pertuan Agong atau Ketua Menteri/Menteri Besar dengan Sultan/TYT di peringkat negeri.

Kumpulan SSKM  hanya menembak merata berkaitan urusan kerajaan sehingga istilah berbincang turut disamakan dengan nasihat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook