Latest News

Wednesday 26 August 2015

TEBATAN BANJIR PENAMPANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PRESS STATEMENT BY THE MEMBER OF PARLIAMENT FOR PENAMPANG CUM VICE PRESIDENT OF PKR NASIONAL... Oleh FB Page DEMI SABAH – kelab penyokong Darell Leiking (screenshot) (screenshot)

MENGAPA MP Penampang Darell Leiking mengeluarkan kenyataan akhbar membidas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman? Hanya kerana Ketua Menteri bercakap bahawa penduduk Penampang perlu berterima kasih kepada kerajaan Pusat di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak dengan meluluskan ratusan juta untuk membiayai pembinaan tebatan banjir. Sebabnya, pemimpin pembangkang hanya tahu bercakap yang hanya tahu mempergunakan rakyat dan hanya tahu menghasut rakyat. Namun, tidak mampu memberi sebarang peruntukan atau pembelaan kepada rakyat.

Benar, penduduk Penampang ada yang membayar cukai pendapatan melalui gaji atau pendapatan bagi mengikuti polisi yang dicipta kerajaan sebagai sebahagian pendapatan negara. Ya! Memang benar penduduk Penampang membayar GST untuk barangan yang diguna sendiri dan juga membayar cukai pintu untuk harta atau rumah mereka. Namun, itu semua jika dijumlahkan akan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpul ratusan juta ringgit. 

Jika sifir digunakan seperti mana formula Darell Leiking seperti mana terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut, ianya boleh sahaja dilakukan! Namun, penduduk Penampang akan berdepan lagi dengan masalah banjir untuk tempoh 20 hingga 25 tahun akan datang.

Darell Leiking lupa bahawa kawasan yang dimenangi Barisan Nasional seperti Sepanggar, Kota Belud, Putatan mahupun Beaufort kerap mengalami banjir. Juga, penduduknya membayar kesemua cukai seperti cukai pintu, GST dan lain-lain. Sungguhpun demikian masih belum mendapat peruntukan ratusan juta ringgit untuk pembinaan tebatan banjir seperti di Penampang. Maka, pemberian peruntukan kepada pembinaan tebatan banjir di Penampang itu, seolah-olah Dato' Seri Najib bertindak seperti peribahasa "kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan". Inilah yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Sabah bahawa penduduk Penampang perlu bersyukur dan berterima kasih.

Darell tidak senang dengan peruntukan tersebut kerana jika masalah banjir di Penampang diselesaikan, maka sudah tentu dia tiada lagi isu digunakan untuk menghentam kerajaan dan dijual kepada rakyat semasa pilihan raya nanti. Inilah niat pemimpin pembangkang, mereka mahu agar rakyat terus menderita agar supaya mudah diperkotak-katikkan. Tak gitu Darell?

Jika Darell masih berdegil menentang pembinaan tebatan banjir di Penampang itu, adalah disarankan kepada Ketua Menteri Sabah untuk memindahkan peruntukan itu ke kawasan Kota Belud, Sepanggar, Putatan dan Beaufort.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook