Latest News

Monday 24 August 2015

TIADA ISTILAH KERAKYATAN EKSPRES

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) memberi kerakyatan ekspress kepada pti Oleh FB Page Pembongkaran Penipun BN UMNO (screenshot)

BAGI mereka yang mempunyai pengalaman memohon kerakyatan Malaysia, ianya satu proses yang sangat panjang. Oleh sebab itu, jika ada yang berkata ada rakyat ekspres, ianya hanya satu dakwaan.

Apa yang berlaku di Sabah adalah  berkaitan dengan kad pengenalan palsu. Kad pengenalan palsu tidak menjadikan pemegangnya sebagai rakyat ekspres. 

Kerajaan telah menubuhkan RCI Pati Sabah untuk mengenal pasti apakah benar ada rakyat ekspres? Namun, apa yang didapati adalah pengeluaran kad pengenalan palsu.

Oleh kerana ramai rakyat yang termakan isu-isu berkaitan rakyat ekpres sehingga tidak menggunakan akal dan fikiran. Sebaliknya, hanya menembak merata tanpa melihat latar kepada hujah-hujah seperti mana yang ditulis oleh pemilik page tersebut.

Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, mereka yang mereka cerita buruk atau fitnah kepada rakyat. Sebagai contoh,  ekoran cerita-cerita negatif berkaitan Perdana Menteri maka pelabur asing kehilangan keyakinan kepada ekonomi negara. Maka, tempias yang kita dapat adalah penurunan wang ringgit. Penurunan wang ringgit bukan sahaja menyebabkan nilai harta Malaysia menurun malah juga mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar lebih mahal bagi barangan import atau terpaksa menggunakan wang ringgit yang lebih banyak sebagai perbelanjaan.

Sebenarnya, sabotaj ekonomi negara merupakan pengkhianat kepada negara yang paling tinggi tahapnya berbanding warga asing yang menjadi rakyat. Walaubagaimanapun, ditegaskan AFS tidak bermaksud menyokong bagi kewujudan Pati.  

Jika sekiranya ada warga asing menjadi rakyat, ianya boleh menyumbang setidak-tidaknya sebagai buruh. Namun, pengkhianat ekonomi pula boleh memufliskan negara sekaligus!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook