Latest News

Thursday 20 August 2015

TIADA ISTILAH PEMBUBARAN PERSEKUTUAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RESOLVE or DISSOLVE... Oleh FB Go Addy (screenshot)

SEMUA rakyat negara ini maklum bahawa Negara Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tanggal 16 September 1963, di mana keanggotaannya terdiri daripada Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Namun, berasaskan persetujuan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Malaya telah membenarkan Singapura keluar pada tahun 1965 untuk menjadi sebuah negara. Keputusan tersebut diambil berasaskan kepada keputusan politik kerana difikirkan pada masa itu bahawa lebih banyak kebaikan kepada Persekutuan Malaysia jika mengeluarkan Singapura sebagai anggota.

Tidak timbul istilah pembubaran Persekutuan Malaysia kerana (3) tiga anggota masih berpijak kepada asas dan syarat-syarat pembentukan sebuah negara baru dalam istilah demokrasinya, majoriti bersetuju kepada perjanjian yang telah disepakati pada tahun 1962 di London.

Mana-mana perjanjian jika diterima dan dipersetujui oleh majoriti, maka perjanjian tersebut tetap "binding". 

Hujah pemilik page tersebut, sebenarnya hanya timbul masa kini selepas negara merdeka telah lebih setengah abad. Hujah tersebut samalah dengan pendirian seorang anak yang telah membesar di bawah jagaan ibu dan bapanya. Namun, selepas itu tidak menghormati atau menidakkan bahawa pencapaiannya semasa proses membesar kerana jagaan atau sumbangan ibu dan bapanya sendiri. Apa yang malang, sifat derhakanya cuba pula membawa saudara-saudaranya atau orang lain mengikuti jejaknya untuk menderhaka kepada ibu bapa masing-masing. Satu pertanyaan, apakah sifat atau tindakan anak tersebut perlu dikuti?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook