Latest News

Tuesday 18 August 2015

TUGAS PEMBANGKANG MENGADU DOMBA PEMIMPIN BN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bung kesal namanya dikait mahu guling k'jaan... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)


BUKAN kali ini sahaja pembangkang cuba mengadu domba terhadap para pemimpin BN malah sewaktu Anwar Ibrahim sibuk dengan Gerakan 16 September 2008.  Pembangkang juga cuba mengadu domba sehingga Anwar mendakwa 30 MP BN akan menyeberang ke Pakatan Rakyat (PR) kononnya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Gambar-gambar wakil rakyat yang dimuat naik melalui laporan palsu yang menggunakan lambang Berita Harian hanya menampal nama-nama dan gambar pemimpin BN yang kononnya terlibat dalam komplot dengan pembangkang bagi menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak dan kerajaan.

Memang pada Sabtu lalu di Negeri Sembilan, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan seorang tokoh Umno kononnya sedang berpakat dengan 87 MP pembangkang untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak. Namun sehingga kini, tidak pula dikenal pasti siapa tokoh Umno tersebut.

Datuk Bung Moktar Radin menjadi sasaran pembangkang kononnya salah seorang daripada MP yang terlibat menggulingkan kerajaan kerana kelantangan beliau mengkritik di Dewan Rakyat dan juga hubungan beliau dengan MP Semporna Dato' Seri Shafie Apdal.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook