Latest News

Wednesday 5 August 2015

WAHHH!! DORIS JONES KETANDUSAN MAKLUMAT?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Itu semua hanya akta karut Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS Jones ketandusan maklumat sehingga tulisan blog bodoh pun dia percaya dan viralkan. Ini bererti, tulisan dongeng pun dia percaya!

Inilah membuktikan bahawa selama ini, Doris menggunakan maklumat-maklumat tidak betul dan dibuat-buat. Anti Fitnah Sabah (AFS) kerap kali berhujah bahawa seluruh maklumat dan kenyataan Doris Jones adalah kenyataan yang dibuat-buat serta direkayasa selain bersandar kepada kenyataan 'difikir semula'.

"Setinggi-tinggi terbangnya si bangau, pasti kembali ke belakang kerbau", ertinya seberapa banyak boleh menyembunyikan sesuatu akhirnya terbongkar juga. Inilah yang berlaku kepada Doris Jones sendiri kerana selama ini berlagak tahu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak khususnya sejarah kemerdekaan di mana kononnya ada dokumen-dokumen lain selain dokumen simpanan kerajaan.  

Namun dari mula lagi, AFS telah menolak seluruh hujah Doris Jones dan kerap menyatakan semua hujah dan kenyataan pelarian tersebut berbentuk auta. Nah benarkan sekarang terbukti apabila mewar-warkan tulisan blog yang memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Rosmah, tidak pernah menzahirkan apa yang ditulis oleh blog tersebut apatah lagi menyatakannya! Lagipun, Rosmah hanya seorang suri rumah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook