Latest News

Friday 28 August 2015

WANG RM 2.6 BILION: ANTARA YANG PERCAYA DAN TIDAK PERCAYA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

DUA kumpulan berbeda! Bagi mereka yang mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak, sedangkan api pun keluar daripada mulut perdana menteri pasti tidak akan dipercayai. Bagi mereka yang tidak suka seseorang, apa sahaja penjelasan dianggap bohong dan tidak benar. Inilah pendirian yang dibuat oleh mantan-mantan pemimpin atau mereka yang sekumpulan dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad di mana sesiapapun yang mencuba membuat penjelasan, maka penjelasan itu sebenarnya mereka dengar sendiri daripada ketua mereka.  

Namun, bagi kumpulan yang tidak percaya kerana sudah menganggap bahawa sebarang penjelasan dianggap bohong, maka mereka mewar-warkannya sebagai bohong. Di sinilah rakyat perlu membuat pendirian, mana yang dipercayai ataupun sebaliknya.

Rakyat kena melihat latar belakang mereka yang tidak percaya dan yang percaya. Mereka yang tidak percaya adalah kumpulan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri manakala yang percaya adalah mereka yang yakin Perdana Menteri berkata betul dan berasaskan fakta. Manakala yang tidak percaya sebenarnya hanya bercakap teragak-agak kerana tidak mengetahui fakta sebenar. Mereka hanya bercakap berasaskan andaian dan tekaan malah mereka mereka-reka dan menokok tambah agar kenyataan mereka menggamit kepercayaan. 

Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin sudah tergolong kepada mereka yang hanya menjadi keyboard warrior kerana tidak update lagi apa yang berlaku dalam kerajaan atau parti apatah lagi berkaitan dengan wang parti. Beliau tidak mempunyai tugas atau peranan lagi dalam parti untuk dimaklumkan berkaitan dengan wang parti.

Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Dato' Abdul Rahman Dahlan bercakap berasaskan kepada penjelasan Perdana Menteri berkaitan dengan wang sumbangan. Adalah disebabkan mereka yakin dan percaya dengan penjelasan itu, maka mereka menghebahkan kepada rakyat yang mahu mengetahui kedudukan sebenar wang tersebut. Oleh kerana penjelasan mereka itu berasaskan fakta yang betul, maka tidak disukai oleh mereka yang menentang Dato' Seri Najib Razak termasuklah Zainuddin sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook