Latest News

Thursday 10 September 2015

Air Juga Menjadi Bahan Politik

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bekalan Air Kawasan Matunggong Oleh FB Doris Jones (screenshot)

AIR menjadi masalah jika berbentuk banjir. Namun, air juga menjadi bahan politik jika tidak diperolehi.

Air untuk keperluan manusia mestilah yang bersih dan sihat dan atas sebab itu dibangunkan sebuah loji bagi penapisan air. 

Di Kota Marudu dan Kudat sudah mempunyai loji penapisan air tetapi malangnya air yang ditapis tersebut ada yang belum sampai ke rumah-rumah pengguna. 

Jika air bersih belum sampai ke rumah-rumah pengguna maka ianya bukan masalah kerajaan lagi melainkan masalah pengguna itu sendiri.

Air yang ditapis adalah air yang berbayar. Ertinya, untuk mendapatkannya perlu ada meter air. Meter dipasang ke rumah-rumah pengguna atas permintaan pengguna dan kosnya ditanggung oleh pengguna itu sendiri.

Apa yang berlaku di kawasan Matunggong, ada pengguna yang mahu menyambung paip namun tergendala kerana sambungan paip melalui tanah-tanah penduduk. Oleh kerana ada pemilik tanah tidak membenarkan jaringan paip melintasi tanah mereka, maka ianya menjadi penghambat kepada jaringan paip untuk sampai ke rumah-rumah pengguna.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook