Latest News

Tuesday 15 September 2015

APAKAH SABAH DAN SARAWAK ADA HAK KELUAR MALAYSIA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Nak kata dia serupa mangkok ... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

HAK itu akan timbul hanya melalui pembubaran Persekutuan Malaysia. Pada masa itu, Persekutuan Malaysia akan berganti nama. 

Punca utama mengapakah Persekutuan Malaysia dicerai-beraikan? Semuanya bergantung kepada rakyat negara ini yakni selagi ada rakyat berkehendakkan Persekutuan Malaysia, selagi itu Persekutuan Malaysia akan terus teguh.

Apapun undang-undang yang bersifat bertulis boleh diubah atas kehendak rakyat dan atas sebab itu perbincangan berkenaan apakah Sabah dan Sarawak ada hak untuk keluar Persekutuan adalah dengan berasaskan perlembagaan itu sendiri di mana memang tiada hak untuk keluar. Maka, dengan sebab itu point 2 tulisan ini akan terus kukuh oleh kerana selagi ada rakyat yang memegang atau mempertahankan undang-undang itu, maka selagi itu Sabah dan Sarawak akan kekal dalam Persekutuan Malaysia.

Segelintir orang yang bercakap berkenaan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia sebenarnya mereka tiada hak untuk bercakap dan hak yang ada pada mereka adalah kebebasan bersuara dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Persekutuan Malaysia adalah kerajaan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu. Sebabnya, sejak merdeka lagi kabinet persekutuan merupakan gabungan antara para pemimpin daripada tiga wilayah ini. Tidak pernah sekalipun kabinet persekutuan yang merupakan pemerintah tertinggi dalam negara tidak melibatkan para pemimpin daripada Sabah dan Sarawak.

Persekutuan Malaysia merupakan satu negara bagi seluruh rakyat dari Perlis hinggalah ke Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook