Latest News

Thursday 10 September 2015

Apa Masalah Jika MP BN Menyokong Ketuanya?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Amat malang dan mengecewakan semua... Oleh FB Tulun Sabah.(screenshot)

PRINSIP BN jelas seperti sebuah kereta api, di mana kepala pergi di situlah gerabak akan ikut bergerak. Tidak sama dengan pembangkang yang tidur sebantal akan tetapi mimpi lain-lain.

Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Salleh Said keruak menyatakan apa yang perlu dinyatakan. Kenyataan mereka merupakan pendirian ketua mereka di Sabah. 

Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah awal-awal lagi membuat kenyataan, ''budi dibalas dengan budi, sokongan dibalas dengan sokongan, setiakawan dibalas dengan setiakawan''.

Bagi Bn Sabah serta para pemimpinnya, akan terus menyokong ketua mereka di kala senang dan susah. Inilah yang tidak disenangi pembangkang dan pencacinya kerana pembangkang hanya membela mereka yang akan dapat membantu. Jika tidak akan dijatuhkan bagaikan buah yang busuk.

Kenyataan pemilik facebook tersebut merupakan kenyataan cemburu kerana mereka tidak mendapati keadaan dalam BN yang saling bantu-membantu, saling sokong-menyokong. Manakala di pihak mereka saling bercakaran dan saling menonjol diri bagaikan ''enau dalam belukar''. 

Para pemimpin BN tidak kira di mana akan terus mempertahankan ketua mereka oleh kerana ketua yang ada tahu bagaimana membela pengikut dan penyokong dan rakyat.

Jika sekiranya pemilik facebook tersebut mahu dibela, dipersilakan menjadi penyokong BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook