Latest News

Friday 25 September 2015

Bagaimana Pula Kerajaan Rampas Tanah Adat?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN rampas lebih 32,000 tanah adat... Oleh FB The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

TANAH yang dikategorikan sebagai tanah adat adalah apabila tanah-tanah itu telah diusahakan oleh penduduk kampung sebelum tahun 1961. Tanah-tanah itu juga telah diberikan geran oleh kerajaan.  Jika ada tanah-tanah yang dikatakan tanah adat sebenarnya bukan lagi tanah adat melainkan tanah kerajaan yang diceroboh oleh penduduk kampung sendiri kemudian mengakui sebagai tanah adat.

Pencerobohan tanah-tanah kerajaan berlaku pada tahun 80-an, khususnya bagi kawasan tanah-tanah bekas pembalakan. Tanah-tanah itu sebenarnya tanah kerajaan tetapi dicerobohi dan kemudian ada pihak-pihak tertentu khususnya orang politik mempolitikkannya.

Kalau ditelusuri di Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah, tiada lagi tanah-tanah adat di sabah melainkan yang ada hanyalah tanah kerajaan. Namun demikian, kerajaan masih memberikannya kepada rakyat melalui sistem geran komunal.

Tidak timbul isu bahawa kerajaan merampas tanah rakyat kerana kerajaanlah yang meluluskan permohonan tanah untuk rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook