Latest News

Monday 28 September 2015

Bergantung Kepada SOKONGAN RAKYAT!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pbrs bakal pupus dengan kehilangan dua kerusi nanti... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak The Federation of Malaysia (screenshot)
(ii) Jika ada Wang Derma RM2.6 Billion... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

YANG menentukan kemenangan adalah majoriti rakyat. Memang diakui bahawa di dalam sebuah kawasan itu ada yang menyokong dan tidak menyokong. Pihak yang menulis di akaun facebook tersebut terdiri daripada yang tidak menyokong. Sebab itu, boleh mengatakan bahawa Tan Sri Joseph Kurup tiada sokongan. Bagi yang menyokong sudah tentu mengatakan bahawa beliau akan terus mendapat sokongan. Benar, bukan?

Bagi pembangkang sejak dulu lagi telah mewar-warkan bahawa pada setiap pilihan raya, Tan Sri Joseph Kurup akan kalah di setiap pilihan raya tetapi realitinya Presiden PBRS tersebut akan terus menang! Ertinya, apa yang didakwa oleh mereka yang membangkang itu tidak cukup untuk mengalahkan calon BN tersebut.

Pembangkang hanya tahu bercakap! Manakala pemimpin kerajaan menepati apa yang dicakap! Rakyat tahu yang mana satu pemimpin yang perlu disokong dan juga yang tidak. Rakyat tahu mana pemimpin yang menepati janji dan mana yang tidak.

Bagi mereka yang menyokong kerajaan sudah tentu berpuas hati kerana mereka dibela. Manakala yang membangkang, meskipun mendapat tempiasnya sudah tentu masih tidak akan berpuas hati oleh kerana matlamat mereka adalah untuk berkuasa. Penyokong pembangkang akan selamanya bersefahaman dengan pembangkang. Pembangkang adalah pembangkang! Oleh sebab itu, pembangunan dan pembelaan ditumpuhkan kepada rakyat yang menyokong kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook