Latest News

Friday 18 September 2015

BILA MASA PULA DORIS BERJUMPA TUNKU ABDUL RAHMAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sekali lagi dalam masa hampir 5... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

BILA masa pula Doris Jones berjumpa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia sehingga dapat memetik kata-kata Perdana Menteri itu?

Apa yang didakwa oleh Doris Jones menyatakan bahawa kata-kata Tunku hanyalah mainan media pada masa itu dan bukannya kenyataan rasmi.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September di Sarawak dan Sabah serta Semenanjung menunjukkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak sehati sejiwa bersama Malaysia. Tiada bibit-bibit bagi rakyat Sabah dan Sarawak untuk keluar kecuali bibit-bibit tersebut tersemat pada hati bekas rakyat Sabah seperti Doris Jones. Beliau juga sebenarnya tiada hak lagi untuk bercakap tentang Sabah kerana beliau bukan lagi rakyat negara ini.

Selain itu juga, dia kena ingat bahawa semakin tekun warga British itu bercakap, semakin kuatlah rakyat Sabah yakin yang dia telah melakukan itu semua kerana untuk mendapatkan dana kewangan daripada pihak yang mahu membuat huru-hara dalam negara.

Apabila keadaan huru-hara berlaku, maka pihak-pihak tertentu yang menjayakan Doris akan mengambil peluang antaranya seperti menjual senjata.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook