Latest News

Thursday 3 September 2015

BUKAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Tiada guna jdi mentari kalau masalah mcm mhu makan masa 4 tahun Oleh FB Rizal Limat (screenshot)

BUKAN tanggungjawab kerajaan jika rumah yang dibina di tepi bukit kemudian tanah di sekeliling rumah itu runtuh.  Pembinaan rumah itu bukan termasuk dalam Town Planning DBKK dan ianya tidak memperlukan CF daripada JKR atau dari mana-mana pihak. Kawasan rumah tersebut juga belum diistiharkan sebagai kawasan bencana ertinya tidak tertakluk dalam kawasan bencana alam.

Jika rumah persendirian yang dibina di lereng bukit atau di tepi gaung atau mana-mana kawasan yang bukan di'gazet'kan sebagai taman perumahan, maka sebarang risiko seperti yang menjadi kritikan pemilik facebook tersebut sebagai tanggungjawab kerajaan adalah sebenarnya pemilik facebook tersebut tersalah alamat dan langsung tidak tahu peraturan.

Apa yang boleh dibuat oleh pemilik rumah itu adalah memohon kepada kerajaan atas kapasiti diri sendiri dan jika ada peruntukan seperti itu kemungkin permohonan pemilik rumah tersebut akan dipertimbangkan.

Tiada guna pemilik facebook tersebut membidas kerajaan atau wakil rakyat kerana sememangnya masalah itu bukan tanggungjawab kerajaan atau wakil rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook