Latest News

Tuesday 29 September 2015

Cakap-Cakap Kedai Kopi...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Atukoi di gaman!... Oleh FB Dusun Tohuri (screenshot)


TIADA fakta yang menyokong kenyataan itu. Angka yang ditulis hanya angka kedai kopi. Sesiapapun boleh menulis angka seumpama itu. Kerja menulis dengan angka seperti ini merupakan kerja orang yang kurang waras dan tidak tahu apa yang ditulis.

Pembangkang tiada isu umtuk menghentam pemimpin kerajaan. Oleh sebab itu, mereka berselindung di laman sosial tanpa identiti yang jelas dan menabur pelbagai fitnah dan cerita karut.

Mereka ini bagaikan hantu yang menjelma dan cuba menakut-nakutkan orang ramai. Namun, mereka kecewa kerana para pemimpin kerajaan tidak pun merasa takut apatah lagi gentar!

Zaman ini memandangkan raaaamai yang kebaru-baruan, pengguna media sosial yang cetek akal bersembunyi dengan nama palsu dan mengaku menjadi juara dan pakar kerana kononnya mampu membelasah pemimpin tanpa apa-apa tindakan yang dikenakan.

Mereka lupa bahawa tindakan mereka itu hanyalah sia-sia dan tidak membawa apa-apa implikasi kepada kerajaan mahupun pemimpinnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook