Latest News

Friday 18 September 2015

CERITA ANTARA JALAN DIGAZET DAN YANG BUKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Selepas lebih 50 tahun Persekutuan Malaysia... Oleh FB hasmin azroy abdullah official (screenshot)

JIKA jalan tidak digazetkan lagi maka akan ianya seperti dalam gambar itu. Di pedalaman, jalan seperti ini memang banyak kerana ianya merupakan jalan balak atau jalan yang dibuat oleh syarikat pembalakan.

Walaupun jalan itu jalan yang belum digazetkan, sekurang-kurangnya ia sudah ditabur batu walaupun belum diaspal. 

Tahun 70-an memang masih terdapat banyak jalan berbatu yang belum diaspal. Namun kini, setiap jalan yang digazetkan seperti jalan raya telah diaspal.

Kemungkinan besar jalan tanah yang ditunjukkan adalah jalan kayu balak atau jalan persendirian di syarikat-syarikat kayu balak tersebut. Jalan seperti ini tidak akan diaspal oleh kerana tidak diperlukan oleh ramai penduduk dan dengan sebab itu bukanlah menjadi keutamaan kerajaan.

Pemilik akaun facebook tersebut hanya memberi gambaran secara umum dan tidakpun tahu status jalan tersebut sama ada jalan itu telah digazetkan ataupun belum.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook