Latest News

Tuesday 29 September 2015

Cerita Lama Yang Tidak BerBEKAS Lagi!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masihkah kau ingat.... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak The Federation Of Malaysia (screenshot)



PENDUDUK kampung yang dihasut kononnya mempertahankan tanah mereka namun pada hakikatnya tanah yang mereka duduki adalah tanah orang lain yang mereka ceroboh.
 
Sebenarnya, penduduk seumpama ini sudahpun diberi tanah. Namun, tanah yang diberikan kepada mereka telah mereka jualkan dan kemudian menceroboh tanah orang lain pula.

Mereka ini sebahagian daripada penduduk yang tamak ekoran hendak sangat cepat mendapatkan wang. Maka, tanah yang diberikan oleh kerajaan dijualkan kepada pembeli bukan tempatan.

Tidak pernah berlaku di negara ini tanah penduduk dirampas oleh kerajaan melainkan tanah itu adalah milik kerajaan yang bukan digazetkan untuk diteroka. Ini kerana, ianya merupakan simpanan hutan dan tadahan air. Namun, penduduk yang tidak menghiraukan keadaan itu sebaliknya menceroboh! Oleh kerana kerajaan memikirkan keperluan orang ramai yang lain maka tiada pilihan lain melainkan melarang mereka untuk menduduki tanah tersebut termasuklah berkebun, menoreh atau bercucuk tanam.

Kerajaan memandang berat tentang kehilangan tanah yang diberikan kepada rakyat. Disebabkan ketamakan, maka tanah yang mereka miliki tidak dapat diwarisi oleh anak cucu mereka. Maka dengan sebab itu, sebagai penyelesaian kerajaan memperkenalkan geran komunal untuk mengelak penjualan tanah.

Mereka yang memuat naik gambar tersebut, sebenarnya tidak tahu pangkal usul sesuatu perkara dan sememangnya hanya bertujuan untuk menghasut dan membuat provokasi. Sedangkan, keadaan ini tidak berbekas lagi yakni sudah diselesaikan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook