Latest News

Friday 25 September 2015

DUN Kedamaian

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Wajah Kota Belud yang tidak dipapar oleh media perdana, what you say orang KB... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

Kampung Melangkap merupakan salah sebuah kampung di kawasan Dun Kedamaian. Dun Kedamaian adalah kawasan yang tidak gemar menyokong kerajaan yang memerintah. Pada PRU-13 lalu, kawasan ini dimenangi oleh calon PKR.

Sebelum ini, kawasan ini merupakan kawasan pembangkang sejak tahun 1990. Maka, atas sebab itu pembangunan infrastruktur seperti jalan raya agak terbelakang berikutan kurangnya hubungan antara wakil rakyat dengan pihak kerajaan.

Memang benar pada tahun 2004 hingga 2013, kawasan itu pernah dimenangi calon Bn. Namun, disebabkan kebiasaan calon tersebut yang kurang akrab dengan pihak agensi kerajaan akhirnya pembangunan di kawasan tersebut terbantut.

Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya mempunyai dua kaedah. Pertama, cadangan daripada wakil rakyat dan kedua adalah cadangan daripada Pejabat Daerah. Cadangan membina jalan raya bukan boleh direalisasikan dalam masa singkat kerana peruntukan perlu dipohon terlebih dahulu. Memohon peruntukan bukan mudah kerana ianya perlu dibentangkan melalui sidang Dewan Undangan Negeri selepas mendapat perakuan, sama ada daripada Majlis Tindakan Ekonomi ataupun Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah.

Memberikan gambar jalan seperti ini, tidak akan memberi impak apa-apa jika sekiranya tiada sesiapa yang merancang untuk membina jalan tersebut. Sebaiknya, rakyat di kawasan itu melantik sesiapa sahaja untuk berhubung dengan pihak kerajaan bagi maksud membina jalan tersebut atau pada PRU-14 akan datang pilihlah wakil rakyat yang mewakili kerajaan. Jika rakyat di kawasan itu masih memilih pembangkang di mana wakil rakyat itu tiada hubungan yang baik dengan kerajaan, maka semakin lama lagilah jalan itu dinaik taraf.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook