Latest News

Monday 14 September 2015

Hak Rakyat Sabah Perhatian Perdana Menteri

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Time of secession become... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

APABILA Dato' Seri Najib Razak memperkenalkan visi rakyat didahulukan maka sebarang rungutan rakyat diberi perhatian, seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara.

Isu-isu seperti royalti minyak dan Perkara 20 yang merupakan lampiran kepada MA63 akan ditangani sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Dato' Seri Najib Razak sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau terus memberi tumpuan kepada pembangunan rakyat Sabah dan Sarawak dan atas sebab itulah salah seorang anggota kabinet Persekutuan berulang kali berkata bahawa Dato' Seri Najib merupakan Perdana Menteri terbaik yang pernah ada khususnya bagi dua negeri ini.

Sebenarnya, keperluan rakyat Sabah dan Sarawak sudah menjadi perhatian semua lapisan pemimpin kedua-dua negeri ini dan semua permintaan dan permohonan telah disalurkan kepada persekutuan. Cuma bezanya, semua urusan itu tidak dipaparkan. Ironnya, semua cadangan dan permintaan para pemimpin dua buah negeri tersebut dirampas oleh pihak SSKM dan kononnya idea itu berpunca daripada mereka.

Yakinlah jauhari juga yang mengenal mahanikam demikian juga para pemimpin kerajaan di mana mereka lebih tahu keperluan rakyat. Hanya waktu dan kewangan sahaja menjadi penghalang kepada memenuhi keperluan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook