Latest News

Thursday 10 September 2015

HARUS MEMOHON TERUS!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB Siringan Gubat memberi penumpuan pembangunan asas ini Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEBARANG "upgrade" jalan, perlu bajet! Selain itu, menaik taraf jalan tersebut perlu masuk dalam rancangan pembangunan daerah. Rancangan pembangunan daerah adalah satu rancangan pembangunan yang dikemukakan kepada kerajaan dan melalui kementerian-kementerian tertentu yang mengawal daerah.

Selain itu, naik taraf jalan juga boleh dikemukakan oleh wakil rakyat kepada kementerian tertentu bagi meminta peruntukan khas yang bersifat segera misalnya melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) Persekutuan.

Setiap "upgrade" seperti jalan yang ditunjukkan perlu mendapat penilaian daripada Jabatan Kerja Raya termasuk penentuan kos. Akan tetapi, status jalan itu juga perlu diambil kira apakah jalan tersebut sudah digazetkan sebagai jalan tetap atau jalan sementara.

Apa yang berlaku di kebanyakan tempat di Sabah iaitu jalan seperti ini bukanlah jalan yang digazetkan sebagai jalan permanent/tetap melainkan jalan sementara.

Jika jalan itu berstatus jalan sementara maka tidak akan mendapat bajet untuk tujuan penurapan dan mungkin ini yang berlaku. Maka, jika benarlah dakwaan pemilik facebook tersebut bahawa telah 20 tahun permohonan penurapan jalan itu namun hingga kini belum dilakukan.

Selain itu, jalan seumpama ini juga bergantung kepada jumlah pengguna bagi jalan tersebut. Jika jalan tersebut didapati tidak ramai pengguna maka ianya memerlukan masa untuk diturap kerana kerajaan memberi prioriti kepada jalan-jalan yang ramai pengguna.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook