Latest News

Thursday 17 September 2015

JANGAN BANDINGKAN BUAH EPAL DENGAN DURIAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Loopsided development, perceived marginilisation... Oleh WEB Malaysia Chronicle (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) 

SINGAPURA maju kerana statusnya sejak zaman penjajah lagi sebagai pusat pelabuhan dan kewangan antarabangsa.

Singapura yang terletak di bawah Selat Melaka adalah laluan perkapalan antara Barat dan Timur yang menyumbangkan kepada kemajuan pesat negara tersebut.

Indonesia mahupun Malaysia tidak dapat menyaingi Singapura, bahkan apatah lagi Sabah. Selain itu juga, tiada negara di ASEAN ini dapat bersaing dengan negara pulau itu.

Walaupun Singapura dengan jumlah rakyat di bawah 3 juta dengan pulau yang kecil dan tiada sumber alam, namun perdagangan dan pelabuhan merupakan pergerakan utama ekonomi negara itu. Tiada produk daripada negara-negara ASEAN yang tidak terdapat di Singapura kerana semua negara perlu menghantar produk mereka ke negara itu untuk dipasarkan ke pasaran antarabangasa.

Kemajuan Singapura tiada hubungan dengan politik kemajuan negara itu oleh kerana kedudukannya sebagai transit barangan seluruh kawasan ini atau produk-produk daripada negara-negara lain. Kemajuan Singapura adalah atas sebab pertimbangan ekonomi dan bukan dari pertimbangan lain. 

Menghubungkan kelambatan kemajuan Sabah kononnya kerana politik Umno dan BN merupakan pemesongan fakta. Jika demikian, mengapa Singapura lebih maju berbanding Indonesia yang dikuasai oleh satu parti selama lebih 31 tahun dan Semenanjung yang dikuasai Umno sejak merdeka?

Penulis portal tersebut hanya bersifat provokasi dan cuba menangguk dalam air keruh melalui penulisan yang bukan berasaskan kepada keadaan yang sebenar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook