Latest News

Monday 14 September 2015

Jangan Ubah Fakta Sejarah: Masidi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Reveal the true fact of our histories... Oleh FB Milin Biok Jr. (screenshot)
(ii)Inilah sialnya dan celaka betul punya orang umno!... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(iii)Kebodohan dan kebangaan masidi manjun... Oleh FB Page The future of sabah/sarawak the federation of malaysia (screenshot)

DI Sabah, pada masa kebelakangan ini khususnya kalangan etnik Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) ingin mencuba untuk mengubah fakta sejarah dengan mempersempitkan pengertian rumpun sehingga mereka cuba melupuskan pengertian tersebut sebaliknya mempertegaskan pengertian etnik itu sendiri.

Mereka yang terlibat itu cuba memesongkan pengertian bahawa etnik itu lebih kecil daripada rumpun sedangkan pengertian sebenar bahawa etnik itu merupakan anak gugusan kepada rumpun.

Pihak-pihak tertentu cuba memesongkan sejarah lebih 200 tahun yang lalu di mana kawasan ini yang disebut kawasan kepulauan Nusantara merupakan gugusan kepulauan Melayu yang merentasi lautan daripada negara Filipina dan Indonesia serta kepulauan Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu.

Pihak-pihak tertentu cuba menafikan bahawa rumpun Melayu tidak wujud melainkan hanya etnik sedangkan semua pihak mengerti bahawa rumpun itu lebih luas jangkauannya berbanding etnik.

Datuk Seri Masidi Manjun bangga dipanggil sebagai etnik Dusun.  Namun, juga mengakui bahawa etnik Dusun itu merupakan anak gugusan rumpun Melayu.

Memang mereka yang berfikiran sempit tidak akan bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Masidi Manjun berikutan mereka lebih suka tergolong dalam kumpulan kecil agar kehidupan mereka mudah diperkotak-katik!

Sebagai bukti, penentangan kumpulan tertentu itu apabila mereka menghalang agar lebih ramai etnik Dusun menyertai parti tunjang kerajaan Umno. Tujuan kumpulan itu agar etnik Dusun ketinggalan dalam arus pembangunan dan arus pemerintahan negara.

Kumpulan itu lebih berminat kepada parti kecil seperti STAR atau PKR kerana mahu etnik Dusun tidak terlibat dalam pemerintahan negara dan cukup sebagai parti pembangkang sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook