Latest News

Friday 11 September 2015

Kawasan Marginal: Boleh Dipertahan Atau Sebaliknya

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kawasan Parlimen BN yang... Oleh Blogger Kihampau Tohoh. (screenshot)  (screenshot) 




ANALISA blog itu antara benar atau tidak.  25 kawasan itu boleh dipertahankan oleh BN daripada jatuh kepada pembangkang.

Mod pengundi tidak statik kerana pernah berlaku di Parlimen Pekan di mana Perdana Menteri sekarang pada tahun 1999 hanya menang 250 undi. Namun, PRU berikutnya menang besar dengan majoriti lebih 10 ribu.

Memang mod pengundi kadangkala bergantung kepada persepsi. Namun, persepsi semasa musim berkempen biasanya tidak sama dengan persepsi semasa bukan pilihan raya.

Bagi kawasan itu, memang kedua belah pihak antara Bn mahupun pembangkang  telah mengatur berbagai strategi untuk menang pada kawasan-kawasan itu. Bagi wakil rakyat Bn, memang daripada awal sudah mengenal pasti punca kecilnya majoriti. 

Memang dalam keadaan kecilnya majoriti kemenangan menjadikan penyandang berkerja keras memulihkan imej serta memperbaiki kelemahan.  Kawasan-kawasan itu memang wilayah BN hanya pada PRU-13 yang telah berlakunya swing pengundi kerana termakan isu. Kini, isu-isu yang membuatkan mereka beralih adalah seperti pembakaran kitab Injil, wujud undi hantu dan undi Bangla yang semuanya adalah hanya bohong semata-mata. 

Berasaskan pengalaman kawasan-kawasan seperti ini apabila ada PRU, biasanya akan berlaku perubahan ketara di mana keputusan itu akan berpihak kepada parti penyandang sebabnya adalah seperti yang disebut di perenggan keempat (atas).

Bagi kerusi-kerusi di Sabah, kawasan-kawasan itu akan tetap dimenangi BN oleh kerana pihak tersebut terutama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang sejak awalnya kerap turun padang ke kawasan-kawasan berkenaan untuk mengenal pasti keluhan para pengundi. Hingga setakat ini, hampir 80 peratus masalah penduduk dan pengundi di kawasan itu telah diselesaikan. Para pengundi yang sebelumnya berpihak kepada pembangkang, kini menjadi penyokong kuat kepada BN kerana permasalahan mereka telah diselesaikan dengan jayanya oleh kerajaan negeri.

Bagi kawasan Semenanjung pula memang pengalaman Dato' Seri Najib Razak di Pekan dipergunakan untuk kawasan-kawasan di mana undi marginal bagi BN. AFS yakin pada PRU-14, kawasan-kawasan itu bakal terus dipertahankan oleh BN meskipun isu-isu yang menyelebungi Perdana Menteri cukup hebat. Para pengundi akan mengundi mengikut calon dan parti kerana penekanan kempen kini adalah mempertahankan parti. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook