Latest News

Friday 4 September 2015

Kemerdekaan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 16 Sept. 1963 "UNFINISHED BUSINESS" Oleh FB Bikin Panas Bah (screenshot)
(ii) Kamu tengok bah !! Berapa kali cakap... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

North Borneo (Sabah) diberikan Internal Self-Goverment oleh British pada tanggal 31 Ogos 1963, 16 hari kemudian ia menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September pada tahun yang sama.

British tidak akan memberikan kemerdekaan kepada North Borneo (Sabah) jika North Borneo tidak menyertai Persekutuan Malaysia kerana pada bulan Julai tahun 1961, ditandatangani satu persefahaman (MOU) di London yang mengandungi terma-terma kemerdekaan. Terma -terma itu antara lainnya adalah tentang pungutan suara dilakukan sebelum diberikan kepada Internal Self-Goverment. 

Seperti diketahui bahawa melalui Laporan Suruhanjaya Cobbold yang mengendalikan pungutan suara di Sabah, rakyat Sabah mahu menyertai Persekutuan Malaysia. Oleh kerana syarat MOU di London itu penuh, maka North Borneo diberikan Internal Self-Goverment pada 31 Ogos 1963 sebagai langkah pertama kepada kemerdekaan penuh.

Apa yang berlaku kini, terutama daripada pihak-pihak pembangkang khususnya Dr. Jeffrey Kitingan dan Doris Jones daripada SSKM adalah cuba memberi interpretasi kepada dokumen lama/sejarah mengikut acuan sekarang atau interpretasi yang bersifat difikir semula dan dilihat pada masa kini.

Mereka cuba memesongkan pembaca dan membawa pembaca mengikuti aliran fikiran mereka bahawa sejarah boleh diubah sedangkan hakikatnya tidaklah demikian. Sejarah adalah sejarah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook