Latest News

Monday 21 September 2015

Kenyataan Buatan Sendiri Terhadap Pairin

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lets discus... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

INILAH kelemahan dunia siber, sesiapapun bebas menabur fitnah dan membuat kenyataan dengan mengataskan nama seseorang pemimpin.

Pemimpin seperti Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan tidak akan pernah berbuat demikian!

Beliau juga adalah seorang pemimpin pembangkang sebelum ini seperti mana pemimpin pembangkang yang lain. Namun selepas menilai keperluan rakyat, maka beliau menyedari bahawa melalui Barisan Nasional (BN) sahaja rakyat dapat dibantu.

Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan beliau merupakan parti pembangkang kepada BN bermula tahun 1990 sehingga tahun 2002. Lebih 12 tahun sebagai parti pembangkang di Sabah dan selepas dilihat dari semua sudut, maka cara untuk membela rakyat adalah melalui BN. Oleh sebab itu, PBS memohon menyertai BN pada pertengahan tahun 2002.

Jika sekiranya dakwaan seperti keterangan pada gambar Tan Sri Pairin Kitingan itu benar, adakah beliau patut menyertai BN? Parti beliau boleh sahaja keluar semula kerana dalam BN mengamalkan kebebasan kepada parti atau pemimpin yang menyertai komponen tersebut. Jika jiwa dan perjuangan mereka tidak sesuai dengan perjuangan parti mereka maka tiada halangan untuk keluar.

Bagi yang menulis keterangan pada gambar beliau itu sebenarnya tidak tahu tentang perkembangan atau perjalanan politik Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook