Latest News

Thursday 17 September 2015

KG MENGGOROK: Itu Milik Tanah SUDC

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kmi kesal atas perbuatan pihak yg bertanggung jawab... Oleh FB Wan Sharizan (screenshot)

TANAH yang dipanggil di Kampung Menggorok, Kolombong sebenarnya ialah tanah agensi kerajaan (SUDC). Orang luar yang tinggal di kawasan Kampung Likas yang tidak mendapat tanah semasa pembahagian rumah-rumah murah pada tahun 1976 cuba menceroboh tanah milik SUDC tersebut dengan membina rumah-rumah setinggan.

Pada awalnya, kebanyakan mereka yang menceroboh tanah tersebut merupakan penduduk yang berasal daripada daerah-daerah lain di Sabah. Mereka datang ke bandar Kota Kinabalu hanya menjadi buruh bangunan atau buruh di pelabuhan.

Sebenarnya, sejak tahun 80-an lagi Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) kini DBKK kerap mengadakan operasi merobohkan rumah-rumah setinggan tersebut. Namun, selepas Umno BN memerintah negeri tersebut bermula tahun 1994, kerajaan memutuskan bahawa dua (2) lokasi penempatan baru bagi penduduk setinggan tersebut dipindahkan ke Kampung Cenderawasih, Kolombong dan Kampung Contoh Suang Parai di Sepanggar. Namun, ada juga penduduk yang degil atas sebab status mereka tidak layak mendapat rumah penempatan berikutan status mereka yang tidak terdaftar sebagai setinggan dan ada yang baru tinggal di kawasan tersebut.

Mereka yang tiada kelayakan sebagai setinggan tersebutlah yang berdegil dan tidak mahu keluar daripada tanah tersebut.  Malah, mereka ini bekerjasama dengan PATI untuk melawan kononnya mempertahankan tanah yang mereka duduki.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook