TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Jangan lupa.. Laos pun ada GST, Kenya pun ada... Oleh FB Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
KELANGSUNGAN sesebuah parti sudah tentu dipastikan kewujudannya oleh pemimpin parti itu. Asas utama kelangsungan parti itu apabila ada ahli dan penyokong. Bentuk rupa penyokong adalah kemungkinan parti itu menang dalam pilihan raya.
Parti UPKO merupakan parti berasaskan kaum KDM dan merupakan komponen Barisan Nasional dan kekuatan parti itu di kawasan-kawasan KDM. Sementara UMNO pula merupakan parti berasaskan bumiputera Islam walaupun ada ahli yang
bukan Islam. UPKO dan UMNO bukan saling menggunakan atau mempergunakan antara satu sama lain. Akan tetapi, saling membantu atau memberi komitmen antara satu
sama lain untuk mendapat sejumlah undi untuk memenangi pilihan raya.
Selain itu, dalam BN ada 13 parti komponen termasuklah UMNO dan UPKO. Kedudukan setiap parti adalah sama hak yang tiada dianaktirikan. Namun, apabila menentukan kawasan yang
ditandingi sudah tentu kawasan-kawasan di mana parti komponen kuat maka di situlah parti itu akan bertanding. Sebagai contoh, bagi kawasan
Penampang hanya dua (2) parti komponen yang mempunyai kekuatan PBS dan UPKO. Di
Penampang juga ada ahli Umno tetapi majoriti kuat kepada PBS dan
UPKO. Demikian juga di Parlimen Kota Belud, ada ahli UPKO, PBS dan
komponen BN yang lain. Namun, sekiranya ahli Umno yang teramai maka Umno yang
bertanding.
Konsep Bn tidak sama dengan
parti-parti pembangkang berikutan melalui parti pembangkang berlaku kuda-mengkuda. Konsep Bn adalah saling bekerjasama sebagai satu pasukan dan atas sebab itulah menggunakan lambang yang sama apabila berdepan dengan
pilihan raya.
Mengapa penyokong Dr. Jeffrey
dan pembangkang tidak suka kepada Datuk Madius Tangau? Ini adalah sebabnya, MP
Tuaran dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mempunyai kehebatan
dalam akademik dan akal fikiran berbanding Dr. Jeffrey yang hanya hebat
dalam akademik akan tetapi kurang menggunakan akal fikiran.
0 comments:
Post a Comment