Latest News

Monday 7 September 2015

Mengapa Sabah dan Sarawak Berdiri Teguh Di Belakang Dato' Seri Najib?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pengarah strategik Komunikasi BN... Oleh FB Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
(ii) Datuk Abdul Rahman Dahlan has... Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot)

SEBABNYA hanya melalui Dato' Seri Najib Razak, Sabah dan Sarawak merasa terbela. Hanya melalui kepimpinan beliau yakni pada Hari Malaysia telah dijadikan sebagai cuti umum yang rasmi. Hanya melalui pentadbirannya, Lebuhraya Pan Borneo menjadi kenyataan serta kuasa persekutuan juga diturunkan kepada kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Selain itu, hanya melalui pemerintahan beliau khususnya di Sabah telah diberikan kebenaran beroperasi cari gali minyak di kawasan Petronas.

Hanya melalui pentadbiran pimpinan Dato' Seri Najib Razak sahaja telah dibina puluhan ribu rumah rakyat iaitu rumah mampu milik di Sabah dan Sarawak. Pendek kata, jika dijumlah sekalipun sumbangan 5 Perdana Menteri sebelumnya, belum tentu dapat menyaingi pembelaan Dato' Seri Najib Razak kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Sebagai rakyat yang mengenang budi adalah wajar menyokong yang tidak berbelah bagi dengan seseorang pemimpin seperti beliau agar terus menjadi ketua kerajaan.

Pembangkang yang senantiasa seperti "kacang lupakan kulit" seperti mana mereka tunjukkan di Semenanjung, rakyat Sabah dan Sarawak tidak mahu bersekongkol dengan mereka itu kecuali para penyokong Jeffrey dan parti pembangkang di dua negeri ini. Namun, para pemimpin tersebut sebenarnya terdiri daripada mereka yang telah ditolak rakyat. Suara mereka sebenarnya seperti ''tin kosong yang nyaring sahaja tetapi, tiada isi!''.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook