Latest News

Thursday 3 September 2015

MENGAPA TERPENGARUH PEMIMPIN YANG DITOLAK RAKYAT?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Sabah meminta kerajaan pusat menunaikan perjanjian Malaysia 1963 Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

PARA individu yang mengaku pemimpin kononnya mahu mengembalikan semangat kemerdekaan Sabah sebenarnya para individu yang ditolak rakyat kecuali Dr. Jeffrey yang menang di Dun Bingkor pada tahun 2013 kerana masalah teknikal.

Mengapa terpengaruh dengan pemimpin yang telah ditolak? Sedangkan ramai pemimpin yang diberi mandat oleh majoriti rakyat memerintah negeri dan negara merayakan Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Ternampak sangat para individu yang mengaku pemimpin itu cuba mengaburi mata rakyat dan cuba memesongkan sejarah kerana dengan jelas Sabah hanya diberikan Internal Self-Government oleh British pada tarikh itu pada tahun 1963.

Ternampak sangat para pemimpin itu mahu menarik perhatian berikutan tiada 'uummhh' lagi kembali sebagai pemimpin. Ini kerana perjuangan mereka hanya untuk kepentingan diri sendiri seperti mana rekod-rekod lampau semasa mereka di puncak kuasa.

Para pemimpin itu kononnya membuat kelainan hanya bermatlamat untuk mendapat perhatian. Sedangkan semasa mereka di puncak kuasa, mereka jugalah merayakan Hari Kebangsaan seperti mana di rayakan oleh semua lapisan rakyat kecuali mereka yang mempunyai agenda sendiri. Antara lain SSKM, Bersih dan kumpulan-kumpulan terpesong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook